Ebrahim Raisi. foto Reuters

TEHRAN – Presiden Iran, Ebrahim Raisi menegaskan perbincangan nuklear antara Iran dan kuasa dunia harus menjurus kepada penghapusan sekatan Amerika Syarikat negara itu.

“Kami tidak teragak-agak untuk berunding … tetapi apa yang kami cari adalah penghapusan sekatan.

”Rundingan mesti berorientasikan hasil,” katanya dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.

Jelasnya, Iran tidak akan menerima “perundingan demi perundingan”.

Iran dan lima pihak yang terlibat dalam perjanjian nuklear 2015, yang dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama telah memulakan perbincangan mengenai kebangkitan semula perjanjian itu setelah penarikan Amerika Syarikat secara sepihak pada Mei 2018.

Selepas enam pusingan rundingan, pihak-pihak terlibat berkata, wujud perbezaan serius antara Iran dan Amerika Syarikat untuk memulihkan perjanjian tersebut. – Xinhua