Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah clinical trials National Healthy Research Volunteer Register National Pharmaceutical Regulatory Agency NPRA
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR  – Kajian berterusan  Institut Biologi Molekul Perubatan (UMBI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)  telah mengenalpasti sebanyak 44 kes varian baharu virus SARS-CoV-2.

Manakala Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC) telah mengenalpasti sebanyak 59 kes yang kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC) iaitu Varian Delta (B.1.617.2), kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah.

Katanya, ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) sebanyak 1,324 kes.

“Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 1,304 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI dan secara keseluruhan sehingga kini.

“Bagi VOC terdapat sebanyak 1,081 kes Varian Delta, 209 kes Varian Beta dan 14 kes Varian Alpha manakala bagi VOI terdapat 13 kes Varian Theta, empat kes Varian Kappa dan tiga Varian Eta,” katanya dalam kenyataan  hari ini.

Sementara itu. Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 21,476 kes sembuh akibat Covid-19 dilaporkan hari ini manakala sebanyak 242, 161 kes aktif direkodkan.

Menurut beliau, kes kumulatif sembuh setakat ini sebanyak 1,678,962 kes direkodkan atau bersamaan 86.5 peratus.

Sebanyak 1,310 kes adalah yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi  yang mana 935 kes daripadanya sah Covid-19, 375 kes suspected, probable dan kes dalam siasatan.

“Justeru kes yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 773 kes iaitu 455 kes sah Covid-19; 318 kes suspected, probable dan kes dalam siasatan.

“Daripada 21, 176 kes positif baharu yang dilaporkan hari ini, 21,172 kes adalah tempatan manakala empat adalah kes import.

“Daripada jumlah itu, 18,608 kes adalah warga tempatan manakala 2,564 adalah warga asing atau mewakili 12.1 peratus daripada keseluruhan kes yang dilaporkan hari ini.

“Daripada 21, 176 kes positif harian terkini, 338 kes atau 1.6 peratus adalah pesakit kategori 3, 4 dan 5 manakala 20,838 kes atau 98.4 peratus adalah kategori 1 dan 2,” tegasnya.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Angka harian positif Covid-19 kembali lepasi paras 20,000 kes