Ghazali Omar

KUALA LUMPUR – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan memberi keutamaan kepada pelajar yang dikategorikan berkeperluan seperti yang telah disenarai pendek oleh pihak fakulti sahaja untuk mendaftar penginapan di kolej-kolej kediaman.

Bagi pelajar yang berkeperluan dan tinggal di luar kampus pula, mereka boleh mengikuti
PdP secara hibrid, dalam talian atau bersemuka mengikut kesesuaian kursus yang
diambil.

Sementara itu, bagi pelajar yang tidak kembali ke kampus pula mereka masih perlu
mengikuti PdP secara atas talian mengikut kesesuaian kursus yang diambil.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UTeM yang menjalankan fungsi
Naib Canselor UTeM, Profesor Ir Dr Ghazali Omar berkata,  kemasukan ke kampus bagi tujuan PdP hanya kepada pelajar yang telah lengkap dua dos vaksinasi di samping
pematuhan penuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diperincikan.

Dr Ghazali berkata, dari aspek kadar vaksinasi bagi kelompok kalangan warga kerja
UTeM pula, sehingga hari ini UTeM telah mencapai sebanyak lebih 91 peratus staf
nya lengkap 2 dos suntikan vaksin.

Sehubungan itu pihak UTeM turut terus memantau secara lebih dekat para
pelajarnya bagi proses melengkapkan dua dos vaksinasi.  – MalaysiaGazette