Foto Instagram Lana Nordin.

KUALA LUMPUR – Pelakon Lana Nordin yang baru pulang ke negara suaminya di Amerika Syarikat (AS) berkongsi momen suasana menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan kediamannya di sana tanpa ada lagi penjarakan sosial.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Lana turut meluahkan rasa syukur di atas kesempatan yang diberikan oleh Allah SWT itu.

Pada masa sama, ibu kepada dua anak itu juga mendoakan agar urusan keluarga, rakan-rakan dan seluruh rakyat Malaysia dipermudahkan lebih-lebih lagi ketika musim pandemik ini.

“Hari ni saya dah suami dapat menunaikan solat Jumaat berjemaah dekat Masjid Hamzah di Clearwater…Alhamdullilah, dengan izinNya, masjid ini hanya beberapa minit saje dari tempat tinggal kami…surprisingly ramai umat Islam menunaikan solat Jumaat dan semasa kami solat Jumaat, saf di sini tidak ada penjarakkan sama seperti saf sebelum wujudnya Covid dan tiada diskriminasi yg dikenakan untuk memasuki masjid ini…masyallah…” tulisnya.

Baru-baru ini, Lana mencetuskan kontroversi susulan ada pihak mempertikaikan kebenarannya terbang ke AS walaupun belum mendapat suntikan vaksin.

Namun dia memulangkan paku buah keras kepada mereka yang mengkritiknya sebelum ini dengan menunjukkan suasana di sana yang telah bebas tanpa perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) seperti di Malaysia.

Sebelum ini, Lana  telah mendapat kecaman netizen berikutan kelantangannya menegur tindakan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang tidak memakai pelitup muka sewaktu berada di perkarangan pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Lana dan keluarga telah berangkat ke AS pada pertengahan September ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast