Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Dua lokaliti akan diletakkan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula 28 September hingga 11 Oktober ini.

Lokaliti itu ialah Kampung Orang Asli Sungai Mai di Jerantut dan Kampung Inoi iaitu kampung Orang Asli pinggiran di Rompin, Pahang.

Menurut Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md. Saad, PKPD di dua lokaliti itu dilaksanakan selepas kerajaan meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19.

Sementara itu, kata beliau, mesyuarat juga memaklumkan hanya satu lokaliti PKPD ditamatkan bermula esok.

Katanya, lokaliti itu ialah Rancangan Rumah Murah (RRM) Kampung Kolek, Sungai Lembing di Kuantan, Pahang.

“Lokaliti itu dikenakan PKPD sejak 14 September lalu,” katanya. – MalaysiaGazette