Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 25 Sept — Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlukan pembaharuan untuk mengukuhkan lagi keberkesanannya selepas melalui perubahan ketara sejak badan dunia itu wujud 75 tahun lalu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, pembaharuan juga diperlukan untuk menjadikan badan dunia itu lebih telus dan meningkatkan lagi kredibilitinya, katanya dalam ucapan sulungnya pada Debat Umum Sesi ke-76 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York hari ini.

“Untuk itu kita mesti bekerjasama mereformasi organisasi dan kita berharap negara anggota akan menunjukkan keterbukaan, fleksibiliti dan keazaman politik demi kepentingan keamanan, keselamatan dan kemakmuran antarabangsa,” katanya.

PBB perlu bergerak seiring dengan kepantasan perubahan dunia untuk mendepani krisis yang tidak dijangka, katanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast