KUALA LUMPUR – Sebanyak 15,891 kes Covid-19 yang sembuh dilaporkan hari ini.
Jumlah itu menjadikan kes kumulatif yang telah sembuh yang terkini sebanyak 2,070,715.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 904 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi manakala 492 pula memerlukan bantuan pernafasan.
Sementara itu, menurut beliau, sebanyak 14 kluster dikenalpasti hari ini yang mana tujuh daripadanya jangkitan tempat kerja, enam penularan komuniti dan hanya satu melibatkan keagamaan.
“Jumlah kluster aktif adalah 1,068 kluster,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Dr. Noor Hisham dalam masa sama berkata, sebanyak 4,423 kluster telah tamat.
Terdahulu, kes baharu yang direkodkan hari ini adalah sebanyak 11,889 kes.-MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: