Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah.

KUALA LUMPUR – Produk makanan tambahan tablet berperisa coklat, Excel Pro milik pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd. Fadzilah Kamsah menyasarkan jualan sebanyak RM7 juta sepanjang tahun ini.

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan proses evolusi dan penambahbaikan yang dilakukan di mana kali terakhir Excel Pro mendapat sentuhan ‘magis’ penjenamaan baharu selain peningkatan mutu ramuan bahan digunakan pada Disember 2019.

“Tahun lalu, syarikat ini menggunakan hanya lapan orang jurulatih sebagai tenaga sokongan dan jualan produk berkenaan. Bagaimanapun hanya pada tahun ini, mula menggunakan sistem stokis dan ejen.

“Kelainan kita juga dapat dilihat dengan memberi sokongan kepada jurulatih dan golongan ibu bapa sendiri dengan mewujudkan program webinar contohnya.

“Menerusi program sebegitu, pihak kami salurkan pelbagai input berfaedah dan bermanfaat untuk diamalkan termasuk tips, nasihat dan perkongsian doa.

“Hingga kini kami mempunyai empat stokis, lebih 150 agen di seluruh Malaysia. Malah sistem jurulatih yang diamalkan masih dikekalkan dan terus bertambah bilangannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mula dipasarkan sejak awal tahun 2000, produk keluaran Shafaz Trading Sdn Bhd itu berpengkalan di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Mohd. Fadzilah menambah, kelebihan produk itu atau yang membezakannya dengan lain adalah daripada sudut pandangan dan bidang falsafah hidupnya yang dipelajari serta amati.

Jelas beliau, ia bererti ada nilai tambah di mana sebelum ini makanan tambahan dikhususkan untuk membantu pelajar sekolah contohnya masalah hilang fokus, keletihan, stres, mudah lupa dan masalah penghadaman.

Namun ia menurutnya, ia tidak akan memberi kesan tanpa peranan ibu bapa sendiri.

“Lalu dalam situasi sebegini, ibu bapa juga perlu menjayakan tanggungjawab mereka dengan menyalurkan hal positif.

“Golongan anak juga sama contohnya belajar dengan ikut arah kiblat dan baca penenang hati. Pendek kata, keberkesanan produk itu akan lebih mujarab dengan cara dipraktikkan ibu bapa dan anak mereka,” kata Pengasas Excel Pro itu

Sementara itu, produk tablet coklat yang sedap tanpa gula ini diperbuat daripada kandungan premium seperti Bacopa, Omega 3, Prebiotik  dan Probiotik.

Ia didatangkan dalam bentuk botol dengan kuantiti 120 biji dan dijual pada harga promosi di bawah RM100.

Ia diperakui mempunyai jaminan logo Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia selain memiliki sijil pengiktirafann Good Manufacturing Practice. – MalaysiaGazette