Salah satu daripada dua replika dinosaur seberat dua tan menjadi tarikan pengunjung di Pusat Belian Semula Barangan Kitar Semula di Taman Gelora, Kuantan, Pahang.

KUANTAN – Idea kakitangan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang menggunakan dua ‘dinosaur’ bagi menarik perhatian orang ramai sememangnya unik.

Replika ‘dinosaur’ yang diletakkan di pintu masuk Pusat Belian Semula Barangan Kitar Semula di Taman Gelora di sini mempunya mesej tersendiri kepada pengguna, kata Pengarah (SWCorp) Pahang, Sharudin Hamid.

Menurutnya, kedua-dua replika ‘dinosaur’ itu menggunakan 120 biji tanyar kereta, basikal, lori dan treler terpakai yang dikitar semula.

Sharudin Hamid

“Replika seberat dua tan ini ditempah khas dari Negeri Sembilan dan dibina menggunakan tayar terpakai.

“Struktur ‘dinosaur’ ini kombinasi dari tayar basikal, motosikal, kereta termasuk semula dan dicat semula bermawarna merah dan hitam,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette baru-baru ini.

Tambah Saharudin, bagi perancangan akan datang,  ‘dinosaur’ berkenaan akan dijadikan tarikan pelancong di sekitar Kuantan dan akan dialihkan menggunakan treler selepas mengenalpasti lokasi yang sesuai.

“Tangan ‘dinosaur’ ini akan memegang papan tanda mengajak masyarakat bersama menjaga kebersihan dan persekitaran Bandaraya Kuantan selain tarikan kepada pengunjung untuk bergambar.

“Nama masih belum ada untuk sepasang ‘dinosaur’ ini, maka pihak SWCorp sedang merancang untuk mengadakan pertandingan nama dinasor untuk warga Kuantan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast