Ahmad Zahid Hamidi new Cabinet
Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk jika berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka susulan kemelut politik yang menumbangkan kerajaan negeri itu semalam.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sekarang UMNO dan BN menunggu keputusan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kita sudah bersedia berdepan apa juga kemungkinan dalam mendepani polemik politik di Melaka termasuk PRN susulan keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini.

“Keputusan untuk mengadakan PRN akan diputuskan oleh SPR selepas mengadakan perbincangan dengan MKN dan KKM,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Media hari ini melaporkan, Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam bersetuju untuk membubarkan DUN Melaka.

Keputusan itu dibuat selepas Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md. Ali telah mengutus surat kepada Mohd Ali memaklumkan empat ADUN telah hilang kepercayaan terhadapnya.

Perkara itu dimaklumkan Yang di-Pertua DUN, Datuk Ab. Rauf Yusoh dalam sidang media di Seri Negeri di Melaka, hari ini.

Proklamasi Pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Keempat Belas akan diwartakan pada hari ini (5 Oktober 2021, Selasa).

Menurut Ahmad Zahid, kerajaan negeri dipimpin Sulaiman perlu meneruskan tugasnya memimpin negeri itu di bawah kerajaan sementara sehingga satu ketetapan dibuat SPR. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

DUN Melaka bubar, pilihan raya negeri bakal diadakan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast