fully vaccinated Omicron variant VOC reinfection rate Malaysia-Singapore Vaccinated Travel Lane VTL Covid-19 positive Antivaxxers dajjal Covid-19 vaccine Khairy Jamaluddin KJ
Khairy Jamaluddin Abu Bakar

KUALA LUMPUR – Warga emas berusia 60 tahun ke atas akan diberikan dos penggalak vaksin Covid-19 tidak lama lagi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, peringkat permulaan dos penggalak diberikan kepada petugas barisan hadapan dengan yang telah divaksinasikan sehingga semalam sebanyak 5,410 penerima.

“Sehingga semalam, sebanyak 5,410 dos penggalak vaksin Covid-19 telah diberikan kepada petugas barisan hadapan kesihatan,” katanya menerusi ciapan Twitternya, hari ini.

Khairy berkata, warga emas akan mula menerima dos penggalak mereka di klinik swasta berhampiran.

Rabu lalu, beliau memaklumkan, dos penggalak vaksin Covid-19 akan mula diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas dan anggota barisan hadapan yang sudah menerima dos lengkap sekurang-kurangnya enam bulan lalu.

Individu yang layak akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera, manakala individu tanpa aplikasi akan diberitahu melalui khidmat pesanan ringkas atau panggilan telefon oleh Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Pemberian vaksin dalam kalangan petugas barisan hadapan dan warga emas akan dilakukan oleh klinik swasta di bawah penyelarasan ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast