Tiga lagi kluster baharu Covid-19 dikesan hari ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) mengenalpasti sembilan kluster baharu Covid-19 membabitkan kluster pendidikan, tempat kerja dan kumpulan berisiko tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia sekaligus menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 702.

“Kluster tempat kerja yang dilaporkan adalah di Selangor, Negeri Sembilan dan Johor manakala kategori pendidikan pula di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

“Untuk kumpulan berisiko tinggi pula dikenalpasti di Johor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jumlah kluster secara keseluruhan ketika ini ialah 5,663 dengan jumlah kluster tamat ialah 4,961.

Dalam pada itu, beliau turut berkata, sebanyak 9,531 pesakit pulih dalam tempoh 24 jam lalu.

“Ini menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 2,384,52 setakat ini dengan 2,261,289 daripadanya telah sembuh.

“Seramai 695 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 630 daripadanya disahkan positif dan 66 kes masih dalam siasatan.

“Manakala 484 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, dengan 347 daripadanya positif Covid-19 dan baki 281 orang disyaki dijangkiti virus itu,” ujarnya.

Dr. Noor Hisham juga memaklumkan sebanyak 116 kes atau 1.5 peratus pesakit  adalah kategori 3 hingga 5 manakala 7,393 kes atau 98.5 peratus lagi dalam kategori 1 dan 2.

Malaysia semalam mencatatkan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 89 kes berbanding kelmarin sebanyak 88 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 4 petang hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 27,770 kes.

Sebanyak 19 daripada 89 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 5,609 kes. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Covid-19 catat 7,509 kes baharu