Kes positif harian baharu Covid-19 menurun lagi dengan hari ini sebanyak 2,690 kes dilaporkan. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jangkitan baharu Covid-19 menurun lagi dengan mencatatkan sebanyak 5,434 kes hari ini.

Jumlah itu berada di paras 6,000 berbanding semalam 6,145 kes.

Ini merupakan angka terendah yang direkodkan sejak 28 Jun lalu dengan 5,218 kes jangkitan dicatatkan ketika itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham memaklumkan, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan kini sebanyak 2,396,121.

Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow https://t.co/aIQttvCbIP. – MalaysiaGazette