Tuesday, December 7, 2021
Home Nasional Kematian harian akibat Covid-19 menurun kepada 63 kes

Kematian harian akibat Covid-19 menurun kepada 63 kes

Angka korban akibat Covid-19 bertambah lagi hari ini dengan mencatatkan sebanyak 129 kematian.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jumlah kematian akibat jangkitan Covid-19 menurun kepada 63 kes setakat malam tadi.

Jumlah kematian yang dilaporkan itu turut merangkumi kes-kes kematian tertunggak kerana ada di antara kes meninggal dunia itu berlaku beberapa minggu lalu.
Tunggakan kes itu berlaku kerana proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik itu mengambil masa.

Berdasarkan laman rasmi COVIDNOW, sebanyak 11 kes kematian direkodkan di luar hospital (BID).

Jumlah terkini ini menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 dalam negara adalah sebanyak 27,921.

Menurut laman rasmi itu, Sarawak mencatatkan jumlah kematian harian yang tertinggi iaitu seramai 13 orang, diikuti Johor (9), Sabah (7), Selangor (6) dan Perak (5).

Manakala, Kedah, Melaka dan Pulau Pinang masing-masing merekodkan (4) kes dan Kuala Lumpur (3).

Kelantan, Pahang dan Perlis pula masing-masing (2) kes dan Negeri Sembilan termasuk Terengganu (1).

Sementara itu, Labuan dan Putrajaya tidak mencatatkan kematian baharu.

Dalam pada itu sehingga semalam, sebanyak 3,149 kes aktif Covid-19 dilaporkan. -MalaysiaGazette