vaksin remaja
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Penerima vaksin CanSino yang merupakan dos tunggal Cansino) dibenarkan memasuki premis-premis perniagaan di Sabah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, kebenaran itu tertakluk selepas 28 hari seseorang itu menerima vaksin.

“Vaksin jenis Cansino ini adalah vaksin jenis dos tunggal. Ianya bersamaan dengan vaksin jenis dua dos yang lain. Tiada halangan bagi mereka yang menerima vaksin jenis dos tunggal untuk masuk ke mana-mana premis perniagaan atau untuk melakukan urusan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau yang juga Exco Kesihatan Negeri Sabah itu berkata, usaha pemberian vaksin kepada orang ramai masih diteruskan walaupun beberapa pusat pemberian vaksin (PPV) di negeri itu telah ditutup.

“Walaupun beberapa PPV telah ditutup, terdapat 16 buah PPV lagi yang masih dibenarkan beroperasi di kawasan-kawasan yang masih memerlukan.

“Bagi kawasan yang sudah tidak mempunyai PPV, pemberian vaksin akan dilakukan di klinik-klinik kesihatan yang berdekatan” jelasnya.-MalaysiaGazette