Anggota bomba yang pengsan ketika operasi menyelamatkan mangsa banjir meninggal dunia.

KUALA LUMPUR – Anggota bomba yang lemas ketika operasi menyelamatkan mangsa banjir di Sungai Putat Melaka semalam meninggal dunia jam 3.11 pagi tadi.

PBK II (KUP) Mohd Diya Che Jusoh, 46, menghembuskan nafas terakhir di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka.

Berita sedih itu dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka, Abu Bakar Katain dalam satu kenyataan hari ini.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid An- Nur Krubong, Melaka.

Artikel berkaitan:

Dalam kejadian tersebut, Mohd Diya dipercayai sedang memasang tali di kawasan banjir bagi membantu penduduk kampung keluar dari kediaman masing-masing.

Mangsa dipercayai rebah secara tiba-tiba ke dalam air banjir berarus deras separas dada orang dewasa, namun disedari anggota bomba lain yang turut berada di situ.

Pasukan bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk membantu mangsa daripada dihanyutkan air deras dalam kejadian jam 5.30 petang.

Insiden itu turut menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengajak Keluarga Malaysia mendoakan kesembuhan Allahyarham. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast