Keadaan restoran yang meletup di Shenyang. foto Weibo

BEIJING – Tiga maut dan lebih daripada 30 cedera selepas berlaku letupan di sebuah restoran di Shenyang.

Rakaman video yang dikongsikan oleh media, People’s Daily menunjukkan bangunan yang menempatkan restoran itu musnah sama sekali.

Cermin tingkap dari beberapa premis berderai di atas jalan raya.

Letupan berlaku kawasan penempatan yang dipenuhi dengan premis perniagaan, kata agensi berita, Xinhua.

Lebih daripada 100 anggota bomba dikerah ke tempat kejadian dan kerja-kerja menyelamat masih dijalankan.

Penyiasat telah “menentukan secara awal bahawa letupan itu berlaku di dalam ‘bangunan kediaman komersial’, kata pihak berkuasa kecemasan Liaoning dalam makluman menerusi media sosial.

Letupan gas sering berlaku di China kerana standard keselamatan dan penguatkuasaan yang lemah.

Letupan yang berlaku pada Jun lalu mengorbankan 25 orang dan mencederakan lebih daripada 100 orang ketika saluran gas meletup di perkarangan kediaman di wilayah tengah Hubei.

Lapan orang, termasuk pengurus besar syarikat paip gas, kemudian ditahan setelah pihak berkuasa mendapati amalan keselamatan “tidak kukuh” dan kerosakan serius pada paip. – Xinhua