Logo Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$115.6 bilion pada 15 Oktober 2021.

Jumlah itu bertambah berbanding AS$115.2 bilion pada 30 September lalu.

Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.2 bulan import tertangguh dan 1.3 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek, menurut Bank Pusat. – MalaysiaGazette