Roh Tae-woo

SEOUL – Bekas presiden Korea Selatan, Roh Tae-woo, meninggal dunia hari ini pada usia 88 tahun.

Perkara tersebut disahkan pegawai Hospital Universiti Kebangsaan Seoul tanpa menyebut punca kematian.

Kesihatan Tae-woo semakin teruk sejak 2002 apabila dia menjalani pembedahan kanser prostat dan berulang kali dimasukkan ke hospital dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Dalam tempoh beberapa dekad, Roh bertukar daripada konspirator rampasan kuasa tentera kepada presiden pertama Korea Selatan yang dipilih secara popular, sebelum menamatkan karier politiknya dengan hukuman penjara kerana pengkhianatan dan rasuah.

“Saya kini berasa sangat malu kerana menjadi bekas presiden,” Roh memberitahu orang ramai dalam permohonan maaf yang disiarkan di televisyen pada 1995 kerana secara rahsia mengumpul dana haram berjumlah AS$654 juta semasa memegang jawatan. – Reuters