Gambar hiasan

TOKYO – Harga minyak jatuh pada hari Rabu selepas data industri menunjukkan simpanan minyak mentah dan inventori bahan api di Amerika Syarikat (AS) meningkat  minggu lalu.

Niaga hadapan minyak Brent turun AS$0.25 atau 0.3%, kepada AS$86.15 setong selepas ditutup pada paras tertinggi dalam tujuh tahun pada hari Selasa.

Manakala niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) susut AS$0.26 sen, atau 0.3%, kepada AS$84.39 setong selepas menokok 1.1% pada sesi sebelumnya.

Inventori minyak mentah meningkat 2.3 juta tong pada minggu berakhir 22 Oktober, menurut sumber pasaran yang memetik data Institut Petroleum AS.

Peningkatan itu lebih daripada jangkaan awal kenaikan 1.9 juta tong

Inventori gasolin meningkat sebanyak 500,000 tong dan stok sulingan bertambah sebanyak 1 juta tong, berbanding jangkaan penurunan bagi kedua-duanya.

Dengan Brent meningkat lapan minggu lalu dan WTI meningkat sejak 10 minggu lalu, harga mula kelihatan terlebih beli, kata penganalisis.

“Kami boleh melihat aktiviti pengambilan untung dalam Brent dan WTI yang mana ia akan sihat untuk pasaran,” kata Craig Erlam, Penganalisis Kanan Pasaran di OANDA. – Reuters