Sebanyak 7 kluster baharu Covid-19 dilaporkan dalam perkembangan terbaharu jangkitan pandemik maut itu hari ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak tujuh lagi kluster baharu Covid-19 dikesan hari ini dengan tiga daripadanya membabitkan tempat kerja dan masing-masing satu di pusat tahanan, komuniti, keagamaan dan institusi pendidikan tinggi swasta.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata,  pertambahan itu ia menjadikan jumlah keseluruhan kluster yang ditemui di negara ini sebanyak 5,788.

“Bagaimanapun masih terdapat 390 kluster yang masih aktif namun, kluster yang telah ditamatkan berjumlah 5,398,” katanya menerusi kenyataan mengenai perkembangan harian Covid-19, hari ini.

Terdahulu hari ini, Noor Hisham berkata, sebanyak 5,291 kes baharu positif Covid-19 direkodkan tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada 2,486,630 kes setakat ini.

Tambahnya, daripada jumlah kes jangkitan baharu itu, sebanyak 5,284 merupakan penularan tempatan manakala tujuh lagi kes import.

Noor Hisham memberitahu, sebanyak 545 kes kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 286 daripada memerlukan bantuan alat pernafasan.

Berdasarkan pecahan Noor Hisham berkata, sebanyak 5,216 kes terdiri daripada kategori satu dan dua manakala bakinya adalah dari kategori tiga, empat dan lima. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast