Bomba terpaksa memecahkan dinding untuk mengeluarkan seorang lelaki yang terperangkap. foto Jabatan Bomba Syracuse

NEW YORK – Seorang lelaki telah diselamatkan selepas terperangkap di dalam dinding sebuah teater di Syracuse, New York.

Anggota bomba dipanggil kira-kira jam 7.30 waktu tempatan (11:30 GMT) selepas seseorang mendengar hentakan pada dinding dan merayu meminta pertolongan.

Lelaki itu dipercayai terperangkap di dalam ruang merangkak selama dua hari.

Pasukan penyelamat terpaksa memotong dinding teater dan menemuinya, menurut laporan media tempatan.

Lelaki itu sedang dirawat di hospital tempatan.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Jabatan Bomba Syracuse berkata, pihaknya masih tidak mengetahui bagaimana lelaki itu dapat akses ke ruang merangkak di belakang dinding.

Bercakap kepada Syracuse.com, saluran berita tempatan, Pengarah Teater Landmark Mike Intaglietta berkata. lelaki itu telah dilihat berkeliaran di sekitar bangunan itu awal minggu ini.

Kakitangan teater itu nampak kelibatnya tetapi gagal menjejakinya dan beranggapan dia telah pergi.

“Saya tidak tahu sama ada dia masuk untuk memanaskan badan atau menggunakan bilik air. Saya tidak tahu,” tambahnya.

John Kane, Timbalan Ketua Bomba Syracuse, memberitahu media tempatan lelaki itu bersembunyi di ruang merangkak selama dua hari dan terperangkap selepas dia terjatuh ke dalam dinding bilik mandi lelaki teater itu.

Polis berkata, lelaki itu kelihatan seperti pesakit mental. – BBC