Seorang lelaki memakai pelitup muka ketika melalui kawasan beli-belah di Tokyo. foto Reuters

TOKYO – Jepun merekodkan sifar kematian harian akibat Covid-19 buat kali pertama dalam tempoh lebih setahun pada hari Ahad.

Sebelum Ahad, tidak ada hari tanpa kematian Covid-19 sejak 2 Ogos 2020, menurut pengiraan yang dibuat oleh NHK.

Angka terbaharu daripada kementerian kesihatan menunjukkan tiga kematian pada hari Sabtu.

Kes dan kematian Covid-19 telah menurun secara mendadak di seluruh Jepun apabila vaksinasi telah meningkat lebih daripada 70% penduduk.

Jangkitan harian baharu memuncak pada bulan Ogos dengen merekodkan lebih 25,000 kes dengan penularan varian Delta berjangkit.

Jepun merekodkan lebih daripada 18,000 kematian akibat jangkitan Covid-19.

Untuk mengatasi kemungkinan lonjakan semula kes Covid-19 semasa musim sejuk, kerajaan merancang untuk memulakan suntikan vaksin penggalak bulan depan dan sedang berusaha untuk mendapatkan rawatan berasaskan pil untuk kes yang lebih ringan bagi mengurangkan kemasukan ke hospital. – Reuters