BNM
Bangunan Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$116.1 bilion pada 29 Oktober 2021.

Jumlah ini meningkat berbanding AS$115.6 bilion pada 15 Oktober lalu.

Bank Pusat itu berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 1.3 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. – MalaysiaGazette