Lokasi kejadian tembakan membabitkan enam remaja di Aurora. foto Fox News

LOS ANGELES – Enam remaja cedera dalam kejadian tembakan di sebuah taman di Aurora di negeri Colorado, Amerika Syarikat.

Tembakan itu berlaku pada tengah hari di Nome Park, yang terletak berhampiran sebuah sekolah tinggi di Aurora.

Seramai lima orang, berumur 14 hingga 17, dibawa ke hospital sejurus selepas kejadian tembakan itu, menurut ciapan Jabatan Polis Aurora.

Kira-kira dua jam kemudian, polis dalam ciapan yang berasingan memaklumkan seorang lagi remaja berusia 18 tahun dibawa ke hospital dengan kecederaan ringan.

Polis berkata, kejadian itu tidak berlaku di dalam sekolah tetapi hanya di utara di Nome Park.

Polis pada mulanya memberitahu, sekolah menengah itu telah dikawal tetapi kemudian bertukar kenyataan dengan memaklumkan sekolah itu dalam keadaan selamat.

Semua mangsa dikenalpasti sebagai penuntut di Aurora Central High School.

”Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pegawai sekolah yang merupakan antara yang pertama di tempat kejadian dan menyediakan langkah-langkah menyelamatkan nyawa,” Ketua Polis Aurora Vanessa Wilson dipetik sebagai berkata oleh saluran berita.

Tambahnya, kecederaan yang dialami oleh mangsa-mangsa itu mungkin tidak mengancam nyawa tetapi seorang pelajar sedang menjalani pembedahan kecemasan.

Ketua polis menyifatkan insiden itu sebagai “krisis kesihatan awam” dan “kita perlu mencari jalan untuk mengatasi anak-anak kita.”

Polis berkata, suspek yang tidak lagi berada di tempat kejadian. – Xinhua