drug case police lockup escapee Perak state assemblyman drug PDRM murder case Jalan Ampang logo
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang anggota tentera yang pernah ditahan dan disiasat polis kerana didakwa mencabul kehormatan seorang pekerja wanita di kedai vape rokok pada 5 Oktober lalu akan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, di sini, esok.

Ketua polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek lelaki tempatan berusia 26 tahun itu akan dituduh di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

“Kita telah merujuk kertas siasatan kes tersebut kepada Timbalan Pendakwa Raya sejurus selepas melengkapkan siasatan insiden itu.

“Terbaharu, kita telah mendapat kebenaran daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mendakwa suspek di mahkamah dan dia akan dituduh pada pagi esok (Jumaat),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Dalam kejadian 5 Oktober lalu, mangsa berusia 18 tahun yang berada keseorangan dalam premis terbabit didatangi seorang lelaki berpakaian tentera yang mahu membeli barangan vape di kedai itu.

Setelah meninggalkan premis itu, elaki berkenaan kembali semula ke kedai berkenaan beberapa minit kemudian atas alasan barang yang dibeli tidak berfungsi dengan baik.

Ketika mangsa memeriksa dan menyerahkan semula pod vape kepada lelaki itu, suspek dipercayai mengambil kesempatan memegang tangan mangsa secara tiba-tiba dan secara tiba-tiba menjilat serta menghisap jari mangsa sebelum melepaskan tangannya.

Suspek lantas meninggalkan premis itu selepas insiden tersebut. – MalaysiaGazette