KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menutup cawangan Jalan Raja Chulan di Changkat Raja Chulan, Kuala Lumpur yang akan berkuat kuasa mulai 16 Disember ini.
Ahli dan majikan dinasihatkan untuk mengunjungi cawangan berhampiran seperti KWSP
Jalan Raja Laut, KWSP Wangsa Maju, KWSP Kepong, KWSP Petaling Jaya atau KWSP
Seri Petaling untuk apa-apa urusan transaksi.
Sebagai alternatif, ahli dan majikan juga dinasihatkan untuk mengakses perkhidmatan tertentu secara dalam talian melalui i-Akaun. – MalaysiaGazette