Kes positif Covid-19 akibat virus omicron menunjukkan trend peningkatan di negeri-negeri.

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan Covid-19 kekal bawah 5,000 dengan hari ini.

Sebanyak 4,087 kes baharu dilaporkan setakat pukul 12 tengahari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter memaklumkan, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif  setakat ini sebanyak 2,627,903.

Menurutnya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman Covidnow: covidnow.moh.gov.my.

“Data harian laman Covidnow dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya. – MalaysiaGazette