Angka kes kematian akibat Covid-19 yang direkodkan semalam mencecah lebih 70 kes.

 

KUALA LUMPUR – Jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 30,425 selepas 55 kematian lagi dilaporkan semalam.

Daripada jumlah kematian baharu yang dilaporkan itu, lapan kes atau 14.5 peratus meninggal dunia sebelum mendapat rawatan di hospital.

Selangor mencatatkan jumlah kematian tertinggi dengan 10 kes atau 18.2 peratus daripada kematian baharu yang dilaporkan.

Ia diikuti dengan Terengganu dan Kuala Lumpur masing-masing sebanyak enam kes, Pulau Pinang dan Sabah (5), Kelantan, Perak, Pahang dan Sarawak (4).

Johor tiga kes serta Melaka dan Negeri Sembilan dua kes.

Tiada kematian baru dilaporkan di Kedah, Perlis, Labuan dan Putrajaya, menurut laman sesawang CovidNow.

Sebanyak 51 daripada 55 kematian yang dilaporkan atau 92.7 peratus berlaku dalam tempoh tujuh hari lalu.

Menurutnya, purata 50 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu.

Sehingga kini, sebanyak 1,612 kematian Covid-19 dilaporkan pada bulan ini. – MalaysiaGazette