Selangor State Health, Welfare, Women and Family Empowerment Committee Chairperson, Dr Siti Mariah Mahmud at a news conference on the latest development of Covid-19 in the state. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 19 MAY 2021. full lockdown scale MCO
Dr. Siti Mariah Mahmud

SHAH ALAM – Selangor merekodkan jumlah kematian rakyat negeri itu akibat Covid-19 sebanyak 9,617 kes, kata Exco Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr. Siti Mariah Mahmud.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, kematian yang dicatatkan pada 2020 sebanyak 66 kes, manakala dari Januari hingga November 2021 sebanyak 9,551 kes.

Mengikut pecahan kematian, katanya, daripada 9,551 kes sepanjang tahun ini, 7,833 adalah warganegara yang melibatkan 4,696 Melayu, 1,800 masyarakat Cina, 1,285 India dan 52 kes lain-lain.

Kata beliau, baki 1,718 kes kematian lagi adalah bukan warganegara.

“Mengikut rekod juga, bermula 1 Jun hingga 30 September lalu, sejumlah 775 kes kematian dari 8,515 kematian bagi tempoh yang sama adalah di kalangan mereka yang telah menerima dua dos vaksin sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dimulakan.

“Ini bermakna, sebanyak 9.1 peratus kematian akibat Covid-19 bagi tempoh itu di Selangor adalah dari kalangan penerima vaksin dua dos.

“Bagi kematian melibatkan mereka yang lengkap dua dos vaksin sehingga 24 November pula, sebanyak 759 kes atau 62 peratus dikategorikan kematian dengan kormobit,” katanya pada sesi pertanyaan di sidang DUN Selangor, di sini, hari ini.

Menurut Dr. Siti Mariah, sebanyak 475 kes iaitu 38 peratus kematian pula adalah mereka yang mendapat dua dos vaksin, tetapi tiada kormobit. – MalaysiaGazette