Baru Bian

KUCHING- Dua bekas menteri persekutuan merupakan antara 69 calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) diletakkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Mereka adalah bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM)  Datuk Joseph Entulu Belaun di kerusi DUN Tamin dan bekas Menteri Kerja Raya Baru Bian akan mempertahankan kerusi DUN Ba’kelalan yang dimenanginya sejak dua penggal lalu iaitu pada PRN 2011 dan 2016.

Selain itu, Presiden PSB Datuk Seri Wong Soon Koh yang merupakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Perniagaan Sarawak merangkap Menteri Kewangan Kedua akan mempertahankan kerusi DUN Bawang Assan yang disandangnya di bawah Barisan Nasional (BN) sejak 1991.

Bekas Menteri Muda Utiliti dan Pertanian Awam Sarawak Datuk Sylvester Entri Muran akan bertanding di kerusi DUN Marudi kawasan yang pernah beliau wakili di bawah BN.

Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Masir Kujat pula akan bertanding di DUN Balai Ringin

PSB turut menyenaraikan beberapa bekas ADUN untuk bertanding di kawasan yang pernah mereka wakili iaitu Datuk Ranum Mina di DUN Opar, See Chee How (Batu Lintang) dan Dr Johnical Rayong Ngipa (Engkilili).

Bekas Ahli Parlimen Lubuk Antu Datuk [email protected] Badak pula akan bertanding di DUN Batang Air dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga Stanley Ajang Batok bertanding di DUN Murum.

SPR menetapkan esok hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 14 Dis dan hari pengundian PRN Sarawak pada 18 Dis.

Berikut adalah senarai nama calon PSB yang diumumkan:

  1. Opar – Datuk Ranum Mina
  2. Tasik Biru – Datuk Dr [email protected] Lafe
  3. Pantai Damai – Mahmud Sabli
  4. Demak Laut – Yatika Jelani
  5. Pending – Tan Kay Hok
  6. Batu Lintang – See Chee How
  7. Kota Sentosa – Datuk Dr Lau Pang Heng
  8. Batu Kitang – Liu Thiang Leong
  9. Asajaya – Ishak Buji
  10. Muara Tuang – Yakup Khalid
  11. Stakan – George Young Si Ricord Junior
  12. Serembu – Iana Akam
  13. Mambong – Sanjan Daik
  14. Tarat – Dadi @Tiap Juul
  15. Tebedu – Cheyne [email protected] Raymond Achen
  16. Kedup – Dominic Dado Segin
  17. Bukit Semuja – Elsiy Tingang
  18. Sadong Jaya – Nur Khairunisa Abdullah
  19. Simunjan – Raily @Reli Ali
  20. Gedong – Mohamad Sofian Fariz Sharbini
  21. Lingga – Datuk Wan Abdillah Endruce Wan Abdul Rahman
  22. Balai Ringin – Datuk Masir Kujat
  23. Bukit Begunan – Norina Umoi Utot
  24. Simanggang – Walsin @Wilson Entabang
  25. Engkelili – Dr Johnical Rayong Ngipa
  26. Batang Air -Datuk William @Nyallau Badak
  27. Saribas – Melainie Bolhassan
  28. Layar – Isik Utau
  29. Bukit Saban – Andria Dundang @Andria Gelayan
  30. Kalaka – John Antau Linggang
  31. Krian – Musa Dinggat
  32. Kabong – Wan Mohamad Madehi Wan Ali
  33. Semop – Abdul Rafidin Majidi
  34. Meradong – Hii Ru Yee
  35. Pakan – Hereward Gramong Joseph Allen
  36. Meluan – Elly Lawai Ngalai
  37. Ngemah – Dr Joseph Jawa Kendawang
  38. Machan – Madang Dimbab
  39. Bukit Assek – Ting Kee Nguan
  40. Dudong – Wong Hie Ping
  41. Bawang Assan – Datuk Seri Wong Soon Koh
  42. Pelawan – Dr Low Chong Nguan
  43. Nangka – Intanurazean Wan Sapuan Daud
  44. Tellian – Sait Junaidi
  45. Balingian – Yusuf Abdul Rahman
  46. Tamin – Datuk Joseph Entulu Belaun
  47. Kakus – Peter Tuan
  48. Pelagus – Datuk Kristoffer Nyuak Bajok
  49. Katibas – Robertson Mawa Luat
  50. Bukit Goram – Robert Segie
  51. Baleh – Koh Kumbong
  52. Belaga – Henry Usat Bit
  53. Murum – Standley Ajang Batok
  54. Jepak – Dr Raba’ah Tudin
  55. Tanjong Batu – Tang Eng Hui
  56. Kemena – Dr Bernard Tahim Bael
  57. Samalaju – Reggie Suel
  58. Bekenu – Abu Bakar Amit
  59. Lambir – Lila Mohamad
  60. Piasau – Teo Jia Jun
  61. Pujut – Bruce Chai Khim Cheong
  62. Senadin – Lee Tze Ha
  63. Marudi – Datuk Sylvester Entri Muran
  64. Telang Usan – Jau [email protected]
  65. Mulu – Dr Son Radu
  66. Bukit Kota – Rosli Amat
  67. Batu Danau – Ali Adap
  68. Ba’kelalan – Baru Bian
  69. Bukit Sari – Alias Mail

— BERNAMA