Mohammad Muadzan Abd Rahman (kanan atas pentas) sewaktu menerima hadiah selaku juara di Cabaran Niaga Francais Malaysia 2021 dan turut memenangi anugerah video montaj terbaik di Malaysia Franchise Awards 2021.

KUALA LUMPUR – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)  dinobatkan sebagai juara Cabaran Niaga Francais Malaysia 2021 dan turut memenangi anugerah video montaj terbaik di Malaysia Franchise Awards 2021.

Ianya merupakan anjuran Persatuan Francais Malaysia (MFA) dengan kerjasama
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
telah berlangsung di Putrajaya, baru-baru ini.

Kejayaan UTeM sebagai juara menerusi jenama jenama Apai Mobile Repair Centre
membawa pulang RM20,000 bersama geran perniagaan Francais berjumlah
RM100,000, trofi dan sijil penyertaan manakala bagi video montaj terbaik pula
melayakkan mereka menerima RM500.00.

UTeM diwakili oleh Mohammad Muadzan Abd Rahman (24 tahun), pelajar Ijazah
Sarjana Muda Mekatronik dengan Kepujian dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE)
yang merupakan Pengasas Apai Mobile Repair Centre bersama Muhammad Syafiq
Abd Talib (21 tahun), pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
(Teknologi Automatif), Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
(FTKMP).

Kumpulan ini di bawah bimbingan Pensyarah Fakulti Pengurusan Teknologi
dan Teknousahawanan (FPTT) yang juga Pengarah Pusat Pembangunan
Perusahaan dan Teknousahawanan (CREATE), UTeM, Dr. Isma Addi Jumbri.

Dr Isma berkata, ini merupakan detik bersejarah buat UTeM dan para peserta kerana
julung kalinya UTeM menyertai dan seterusnya merangkul johan di Malaysia Franchise Awards 2021 yang dianjurkan Persatuan Francais Malaysia (MFA) dengan
kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDNHEP).

Jelas beliau, kejayaan ini membuktikan pelajar kejuruteraan mampu berjaya dalam
bidang keusahawanan apatah pula bila ditambah dengan bimbingan dan perkongsian kepakaran dalam bidang perniagaan serta keusahawanan.

“Menyentuh mengenai impak projek Apai Mobile Repair Center ini kepada nasional
dan dunia, beliau menyatakan projek perniagaan ini sudah tentu mempunyai peluang
besar untuk dikembangkan melalui model francais dan berkembang ke pasaran
global.

“Hal ini membukti pelajar UTeM yang berkecimpung dalam bidang keusahawanan ini
turut menjadi elemen penyumbang kepada kebolehpasaran graduan dan bertindak
sebagai penjana pekerjaan sepertimana yang dihasratkan oleh Kementerian
Pengajian Tinggi (KPT),” ujarnya.

Menurutnya, selepas ini, Apai Mobile Repair Centre yang terletak di Bandar Bestari
Jasin akan berkerjasama dengan CREATE bagi melatih pelajar-pelajar UTeM yang
berminat untuk membuka perniagaan membaiki telefon bimbit melalui konsep
francais khususnya bagi para pelajar dalam kumpulan B40 dan ke bawah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast