Mohd. Taufik Mohd. Samsuddin merupakan Ketua Pegawai Eksekutif UGreat International Sdn. Bhd.

KUALA LUMPUR – UGreat International Sdn. Bhd., pengeluar produk kesihatan dan kecantikan tempatan diiktiraf sebagai Outstanding Lifestyle Beauty & Health Company of the Year Malaysia SME Category pada majlis Made for The World Excellence Awards 2021 baru-baru ini.

Ketua Pegawai Ekeskutifnya, Mohd. Taufik Mohd. Samsuddin menyifatkan pengiktirafan itu oleh NiagaTimes.Com itu berbaloi selepas syarikatnya berada dua tahun di pasaran.

“Kami sangat bersyukur dengan pengiktirafan yang diberikan oleh NiagaTimes.Com dan saya dedikasikan anugerah ini kepada semua yang terbabit secara langsung ataupun tidak langsung dalam perkembangan UGreat International.

“Dengan kejayaan ini, syarikat dalam perancangan untuk mengeluarkan lebih banyak produk yang sesuai untuk seisi keluarga dan ingin memastikan ‘1 Rumah, 1 Produk UGreat!’ dengan menyasarkan satu juta pengguna dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

UGreat International mengeluarkan produk makanan tambahan iaitu UGCare iaitu minuman kesihatan UGCafe dan produk semburan yang berfungsi sebagai penyegar kulit kering, UG-Proactive.

Syarikat itu ini mampu melebarkan sayap perniagaan ke negara Asia seperti Thailand, Indonesia, Singapura serta negara Benua Afrika seperti Uganda, Tanzania, Nigeria dan beberapa negara dengan hampir 30,000 ejen dan pengguna secara keseluruhan.

Mohd. Taufik menambah, di sebalik musibah Covid-19 yang melanda, ada rahmat yang terselindung apabila menjadikan manusia lebih kreatif dan memanfaat teknologi terkini dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Jelas beliau, ini kerana sebelum ini beliau hanya terbabit dalam dunia perniagaan melakukan urusan perniagan jual beli secara fizikal atau offline tetapi corak perniagaan beralih arah kepada atas talian dan ternyata perubahan itu memberi rezeki yang tidak disangka selepas berlakunya pandemik.

Namun beliau mengakui terpaksa bergelut dengan ‘ancaman’ Covid-19 dan arahan kerajaan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi impak besar kepada perniagaan yang baru bertatih itu.

“Berbekalkan 12 tahun pengalaman dalam bidang jualan dan pemasaran, saya tekad untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang dimilikinya bersama bakal usahawan baharu.

“Ini kerana kami yakin dalam keadaan apapun penjagaan kesihatan sangat penting terutama pada musim pandemik ini. Tubuh perlu mempunyai sistem imun yang kuat untuk melindungi diri daripada sebarang penyakit,” katanya.

Mohd. Taufik berkata, pihaknya yakin kuasa pemasaran atas talian juga turut menjadi sokongan yang kuat untuk dimanfaatkan ketika pandemik Covid-19 yang melanda.

‘Alhamdulillah, fasa endemik membolehkan pihak syarikat untuk lebih fokus mengeluarkan lebih banyak produk baru dan melakukan acara secara atas talian.

“Kami juga dalam fasa akhir untuk melancarkan produk minuman kesihatan UGCafe pada penghujung tahun 2021,” katanya.

Untuk mengetahui perkembangan terkini syarikat dan program-program anjuran UGreat International pula, orang ramai boleh mengikutinta di media sosial dengan merujuk carian nama ‘ UGreat International’ di Facebook, Instagram dan Saluran Telegram. – MalaysiaGazette