Jovian Mandagie.

KUALA LUMPUr – Selepas Neelofa, JOVIAN menjadi jenama komersial kedua yang diundang menjayakan kempen Super Brand Day dengan platform e-dagang piliihan ramai, Shopee bermula esok selama dua hari.

Jenama fesyen berkenaan yang ditubuhkan pada tahun 2012 oleh Datuk Jovian Mandagie itu bakal menawarkan jualan promosi terbesar selama dua hari itu.

Kata menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu, promosi dibuat merangkumi barangan eksklusif seperti baju, tudung, beg, pelitup muka anti jerawat dan banyak lagi.

“Kali pertama ‘dingorat’ Shopee menjayakan kempen ini, kami tertunduk dan tersipu sipu malu. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, pastinya ‘lamaran’ ini diterima dengan rasa teruja.

“Siapa yang nak tolak ‘godaan’ platform e-dagang nombor satu di Malaysia ini? Selama dua hari itu juga kami akan mengambil alih halaman utama platform terbabit. Kami sasarkan dalam 30,000 tempahan dapat diraih selama kempen berlangsung.

“Justeru barang dan inventori kena cukup untuk menampung apa saja kemungkinan daya pembelian ramai semasa dua hari itu dengan anggaran 10 hingga 15 juta laluan trafik. Jika sebaliknya tak cukup barang, satu kerugian ketika peluang keemasan seperti ini diperolehi,” katanya.

Kata pereka fesyen yang sudah lebih 15 tahun berkecimpung di arena berkenaan, beliau berharap kempen dua hari itu dapat dimanfaatkan pembeli dengan bijak.

“Moga kempen dua hari ini dapat membantu mereka membeli dan berjimat dalam masa sama. Kita sedar dalam situasi pandemik Covid-19, ekonomi tidak bagus, namun keinginan itu ini sentiasa membuak buak.

“Kita tawarkan diskaun 60 peratus untuk koleksi baju raya bagi golongan lelaki, perempuan dan kanak kanak. Jadi boleh beli awal baju raya tahun depan. Boleh tekan pautan https://shopee.com.my/jovianrtw.os untuk cuci mata.

“Begitu juga pilihan aksesori dengan tawaran 30 hingga 40 peratus. Pastinya seleksi pelitup muka terbaik pelbagai corak untuk semua lapisan golongan dengan diakui fungsi anti jerawat, selesa selain diiktiraf Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA),” katanya.

Tidak hanya menawarkan promosi produk keluaran yang dianggap tidak mampu dimiliki oleh sesetengah pihak, Jovian berkata hadiah istimewa turut ditawarkan kepada semua termasuk koleksi Iphone 13 Pro Max.

“Memang ada yang kata produk saya mahal dan harga kayangan. Ikutkan ia masih harga mampu milik, tapi masih ada yang cakap mahal. Tapi tak mengapa,rebutlah peluang dua hari ini untuk membeli dengan harga runtuh.

“Mereka juga berpeluang memenangi hadiah menerusi tebus nilai seperti ‘shopping coins’ dan pertandingan putar dan menang.

“Selain telefon bimbit, koleksi ‘couture’ dan busana perkahwinan mencecah harga RM15,000 antara yang bakal dimenangi,” katanya

Dalam pada itu, suami kepada Datin Nina Ismail Sabri ini juga turut menambah stok baru bagi koleksi pelitup muka bermotifkan bunga raya, Jovian Mask For Malaysia yang dilancarkannya beberapa bulan lalu untuk paksi amal.

“Dulu pelitup muka itu saya sumbangkan 100 peratus keuntungan jualan sekitar lebih RM250,000 kepada badan dan mereka yang memerlukan ketika kempen Bendera Putih dikibarkan.

“Untuk kempen dua hari ini pula, sebanyak 10 peratus daripada keuntungan jualan pelitup muka edisi istimewa itu akan disalurkan kepada yang memerlukan,” katanya.

Kempen selama dua hari itu juga menyaksikan penampilan istimewa tiga artis terkenal tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Alif Satar dan Daiyan Trisha.

“Dengan Daiyan sendiri kita akan ada kerjasama produk pelitup muka dengannya seperti mana kerjasama terdahulu dengan Siti Nurhaliza.

“Kami juga baru menjalinkan kerjasama dengan Alif untuk koleksi ‘travelling sejadah’,” katanya.

Dalam perkembangan lain, jenama fesyen yang kini turut meneroka pasaran keperluan penting ‘essential’ di negara kita juga bakal muncul dengan farmasi pertamanya, Jovian Pharma di JM Tower, Shah Alam. – MalaysiaGazette