Gambar fail
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 17 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan tiga kes kematian di luar hospital (BID).

Angka itu menjadikan kes terkumpul kematian bertambah kepada 30,879.

Negeri Terengganu merekodkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu 4 kes, diikuti Kelantan (tiga), Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang masing-masing dua kes.

Manakala Melaka dan Sabah masing-masing satu kes.

Kementerian Kesihatan berkata, tiada kes kematian dilaporkan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Sarawak, Selangor dan Labuan.

Setakat ini, sebanyak 565 kematian akibat Covid-19 dilaporkan pada bulan Disember.

Menurutnya, sebanyak 58,852 kes aktif dilaporkan setakat tengah malam tadi dengan 407 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 216 memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast