MACC MITRA Funds Malaysian Indian Transformation Unit Ministry of National Unity B40
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan dua lagi pegawainya telah diserahkan kepada polis bagi membantu siasatan berhubung kes rompakan wang bernilai RM700,000 di rumah pemilik agensi pelancongan di ibu negara baru-baru ini.

Menurutnya, SPRM  telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis berhubung siasatan kes jenayah yang melibatkan pegawainya.

ARTIKEL BERKAITAN: 

SPRM sekali lagi menegaskan ia tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawai yang terlibat dalam jenayah dan menggesa agar siasatan ini disegerakan.

Ahad lalu polis telah menahan dua individu termasuk seorang pegawai agensi penguatkuasa SPRM itu bagi membantu siasatan berhubung kes rompakan membabitkan kerugian RM700,000 di Ampang Jaya.

Katanya, pegawai itu telah ditahan di hadapan pejabatnya sebelum direman empat hari sehingga 14 Disember 2021 untuk membantu siasatan polis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya pagi Rabu mengesahkan pegawai SPRM itu kini disambung reman tujuh hari lagi sehingga 20 Disember ini untuk meneruskan siastan polis.

Difahamkan, siasatan kes ini telah diambil alih Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.- MalaysiaGazette