Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak permohonan kerajaan  untuk menangguhkan sementara pelaksanaan kewarganegaraan automatik diberikan diberi kepada kanak-kanak dilahirkan ke luar negara oleh ibunya yang warga Malaysia.

Tiga panel hakim yang sebulat suara merasakan tidak ada keadaan istimewa bagi penangguhan tersebut sementara menunggu rayuan pada masa ini.

Panel hakim yang diketuai Datuk Seri Kamaludin Md. Said yang bersidang bersama-sama Datuk S. Nantha Balan dan Datuk See Mee Chun berpandangan ini bukan kes biasa sebaliknya melibatkan hak seorang kanak-kanak.

“Responden tidak seharusnya dinafikan daripada mendapat faedah rentetan perintah Mahkamah Tinggi tersebut. Seandainya pihak perayu berjaya dalam rayuan dan dapat membatalkan perintah mahkamah, maka ini bermakna status warganegara akan ditarik balik.

“Ini satu risiko dan penjarakkan balik status warganegara juga bukanlah satu keadaan istimewa. Kita tidak nampak bagaimana rayuan yang bakal didengar kelak akan menjadi sia-sia jika penangguhan itu diberikan.

“Kita sebulat suara tolak permohonan ini,” kata Kamaruddin atas talian hari ini.

Pihak perayu diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Liew Horng Bin manakala Association of Family Support and Welfare Selangor & Kuala Lumpur (Family Frontiers) dan enam ibu rakyat Malaysia yang dinamakan sebagai responden dalam permohonan tersebut diwakili peguam, Datuk Dr. Gurdial Singh Nijar.

Pendengaran penuh rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi itu akan didengar pada 23 Mac 2022 yang juga akan mendengar satu lagi kes kewarganegaraan yang melibatkan seorang wanita yang dilahirkan di luar negara beribukan warganegara Malaysia.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Akhtar Tahir memutuskan perkataan ‘bapa’ dalam Jadual kedua Perlembagaan mesti bermaksud dan merangkumi ibu.

Keputusan itu dibuat ketika membenarkan saman pemula difailkan bagi menuntut perisytiharan yang anak wanita warga Malaysia tetapi berkahwin dengan rakyat asing, secara automatik layak memperoleh kewarganegaraan walaupun anak itu dilahirkan di luar negara. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast