Ola al-Qaradaqi dan Hossam Khalas

ISTANBUL – Pendakwa raya Mesir mengambil keputusan untuk membebaskan anak perempuan ulama tersohor, Yusuf al-Qaradawi selepas beliau menghabiskan masa selama empat tahun di penjara.

Agensi berita Mesir, Mena memetik sumber yang tidak mahu dikenali berkata, pendakwa raya awam ‘memutuskan untuk membebaskan Ola Qaradawi, tertakluk kepada siasatan’.

“Kes ini meliputi beberapa pemimpin Ikhwanul Muslim ketika defendan berhadapan dakwaan menyertai dalam pelaksanaan operasi pengganas yang menyasarkan angkatan keselamatan dan mengganggu kerja-kerja institusi kerajaan,” kata agensi itu seperti dipetik agensi berita, Anadolu.

Kes itu, yang mana Pejabat Pendakwa Raya Awam mendakwa Ola Qaradawi ‘menyertai kumpulan pengganas dan membiayai keganasan’ adalah kes kedua terhadap beliau sejak ditahan selain suaminya, Hossam Khalas, yang merupakan aktivis politik turut ditahan empat tahun lalu.

Pada 30 Jun 2017, pihak berkuasa Mesir menahan kedua-dua individu itu.

Lebih daripada sekali, pasukan peguam Ola memetik dakwaannya semasa siasatan bahawa beliau ‘tidak melakukan sebarang pelanggaran undang-undang dan penangkapan serta penahanannya selama tempoh itu hanya kerana dia adalah anak perempuan al-Qaradawi.

Al-Qaradawi, warga Qatar berketurunan Mesir, merupakan pengerusi kesatuan ulama dunia. Beliau telah mengarang lebih 200 buku dan disifatkan sebagai salah seorang ulama berpengaruh. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast