Foto Instagram Aqo Imran.

KUALA LUMPUR – Pernikahan penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi dengan jutawan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman bukan sahaja mengejutkan peminatnya.

Namun, imej janggut Mahadi yang mencecah paras perut dan lurus itu telah menarik perhatian netizen kerana jarang melihat seseorang berpenampilan seperti itu.

Selain dipuji mengamalkan dan membudayakan sunnah Nabi Muhammad SAW, ahli perniagaan berusia 39 tahun juga tidak terlepas daripada gurauan ‘nakal’ yang tidak selesa dengan imej tersebut.

Namun menerusi satu video di akaun TikTok @produk.muslim.bmf, difahamkan ahli perniagaan dari Pulau Pinang itu sudah 17 tahun menyimpan janggutnya sejak berusia 22 tahun.

Mahadi adalah pengasas dan Presiden AUF MBZ Concortium iaitu syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaburan kewangan. – MalaysiaGazette