Banjir di kawasan hot spot laluan LPT1 semakin surut. foto FB Lebuhraya Pantai Timur

 

KUALA LUMPUR – Semua laluan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) selamat untuk pengguna.

Paras air di sepanjang kawasan hot spot masih rendah setakat ini.

Namun pemantauan berterusan akan dilakukan sehingga musim tengkujuh berakhir.

Meskipun keadaan cuaca baik, pengguna dinasihatkan sentiasa menyalakan lampu kenderaan sekiranya hujan. – MalaysiaGazette