Coutinho mencari jalan untuk keluar dari Nou Camp dan bersatu dengan beraks rakan sepasukan Liverpool Steven Gerrard yang kini menguruskan pasukan EPL Aston Villa. Kredit BBC Sport.com

LONDON – Aston Villa adalah kelab pertama dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) yang sedang memantau secara dekat situasi Philippe Coutinho di Barcelona.

Kelab kendalian Steven Gerrard sedang mengikuti rapat perkembangan pemain tersebut selepas bekas bintang Liverpool itu berhasrat meninggalkan Nou Camp.

Barcelona sudah mencapai perjanjian untuk menandatangani Ferran Torres dari Manchester City dengan yuran berjumlah £55 juta.

Gerrard merupakan peminat Coutinho yang pernah beraksi di Anfield untuk beberapa musim sebelum menyertai the Catalans.

Coutinho juga dikaitkan dengan kelab lain dalam EPL antaranya Arsenal, Everton, Newcastle United dan Spurs.

Coutinho juga dilaporkan mahu memulakan karier baharunya bersama kelab lain selepas mengharungi saat yang sukar akibat dilanda kecederaan sejak menyertai Nou Camp dengan yuran £142 juta pada 2018.

Segala-galanya menjadi tidak kena untuk pemain tersebut selepas melengkapkan perpindahan dari Anfield dan kurang diberi keutamaan dalam pasukan kesebelasan utama sekali gus memaksa pemain itu memikirkan semula masa depannya.

Walaupun menjulang piala Liga Juara-Juara Eropah pada 2020 ketika menjalani pinjaman bersama gergasi Bundesliga Jerman Bayern Munich dia masih mencari ruang menyertai kelab lain untuk mendapatkan lebih masa beraksi di atas padang.

Malah Barcelona juga dikatakan bermanfaat dengan penghijrahan Coutinho kerana mampu mengurangkan beban kewangan dari segi pembayaran gaji mahal kepada pemain elit itu.

Ia menjadi kekangan kepada Barcelona apabila tidak dapat mendaftarkan Torres sebagai pemain kelab itu selepas menandatanganinya pada 28 Disember lalu dari Etihad.

Coutinho pernah menjadi pemain utama dalam skuad the Reds ketika berganding dengan Gerrard di Anfield di bawah bimbingan Brendan Rodgers pada EPL musim 2014.

Idea Coutinho kembali bersatu semula dengan bekas kapten Liverpool (Gerrard) itu diyakini memberi nafas baharu kepada pemain itu sendiri dan juga Aston Villa yang kini diuruskan Gerrard.- BBC Sport.com

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast