Gambar hiasan

KUANTAN – Banjir di Pahang kian beransur pulih apabila hanya tiga daerah yang masih menempatkan mangsa banjir di negeri itu.

Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang, mangsa banjir masih berada di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu di Pekan, Rompin dan Maran.

Sehingga kini, seramai 539 mangsa banjir daripada 153 keluarga masih berada di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga jam 6 petang tadi.

Ia sekali gus menunjukkan trend penurunan mangsa banjir berbanding 782 orang melibatkan 218 keluarga berada di 22 PPS pada pagi tadi.

Menurut laporan hari ini sebanyak 23 jalan melibatkan 10 daerah di negeri ini ditutup sementara waktu.

Sementara itu, Sungai Chenor di Maran dan Sungai Triang di Bera mencatatkan bacaan melepasi paras amaran.

Manakala dua sungai melepasi paras bahaya melibatkan Sungai Lubuk Paku di Maran dan Sungai Chini di Pekan. – MalaysiaGazette