Polis menahan dua lelaki tempatan kerana disyaki cuba menyeludup masuk 50 ekor kambing dari negara jiran di Jalan Repek-Lubok Jong, di sini pada awal pagi tadi.- Gambar hiasan.

PASIR MAS – Polis menahan dua lelaki tempatan kerana disyaki cuba menyeludup masuk 50 ekor kambing dari negara jiran di Jalan Repek-Lubok Jong, di sini pada awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Mohd Nasaruddin M Nasir berkata dalam kejadian pada pukul 2.50 pagi itu, kedua-dua lelaki yang juga pemandu dan kelindan lori itu dikesan kerana memandu lori dalam keadaan mencurigakan.

“Polis telah mengekori dan berjaya menahan lori itu di tepi jalan Kampung Repek dan pemeriksaan lanjut ke atas lori tersebut, kita menemukan 50 ekor kambing.

“Pemandu lori juga gagal mengemukakan sebarang dokumen permit permindahan haiwan ternakan dan disyaki kambing tersebut diseludup masuk dari negara jiran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Nasaruddin berkata hasil soal siasat yang dilakukan, suspek mengaku terlibat dengan kegiatan penyeludupan kambing dari negara jiran dah kesemua haiwan itu diangkut dari kawasan tepi sungai Kampung Kubang Pak Hitam, Meranti, di sini, sebelum dihantar ke kandang di Lubok Jong milik seorang lelaki dikenali ‘Mie Jawi’.

“Kesemua 50 ekor kambing ini bernilai RM30,000 dan lori dianggarkan bernilai RM15,000 diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk tindakan lanjut,” katanya menambah kedua-dua suspek didapati negatif dadah.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast