Dr Mohd Asri Zainul Abidin MACC Azam Baki Shares ownership support lawyer haram defend oppressors
Dr Mohd Asri Zainul Abidin

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis mempersoalkan bagaimana seluruh warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh membuat keputusan awal bahawa ‘bos’ mereka menjadi mangsa politik.

Padahal siasatan belum dibuat dan cara Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menafikan dakwaan berhubung isu pemilikan saham di sebuah syarikat senaraian awam sebelum ini juga tidak masuk akal.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang sinis dengan langkah yang diambilĀ  oleh warga SPRM itu berkata, sepatutnya SPRM menjadi pihak yang paling sensitif.

Ini kerana, katanya, kenyataan sokongan itu dibuat tanpa memberikan pembelaan awal dalam hal yang majoriti mempertikaikannya.

“Mereka sepatutnya bersuara tegas bahawa “demi menjaga maruah SPRM, kami menuntut satu siasatan adil dan telus dijalankan,

”Mereka yang sepatutnya tegas membuat kenyataan bahawa hal ini wajib disiasat sehabis habisnya,” katanya dalam kenyataan.

Jelas beliau, malang sekali jika badan tertinggi yang diamanahkan oleh negara untuk menghapuskan rasuah bersuara dengan tidak profesional dan janggal dalam isu rasuah yang menjadi tugasan utama dan pertama mereka.

Bahkan, tahap korupsi di negara ini sangat tenat jika kita gagal tangani isu ini.

Lantaran itu, beliau mencadangkan seluruh kepimpinan SPRM semak dan dirombak semula demi keadilan dan ketelusan pentadbiran negara ini.

Mohd Asri menambah, kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM bahawa akaunnya digunakan oleh adik beliau jelas sangat ganjil dan pelik.

Justeru, menjadi kewajipan semua yang berakal dalam negara ini bangkit menentang rasuah kerana ia adalah kewajipan agama yang besar.

Para agamawan wajar bangkit menentang hal ini melebihi kesibukan mereka membincangkan isu dosa dosa peribadi individu yang berlaku antara seseorang dengan tuhannya.

”Dosa rasuah membabitkan dosa seseorang dengan Allah dan manusia. Minum arak contohnya, memang haram dan salah. Namun, dalam banyak keadaan ia antara individu dengan tuhannya.

”Taubat boleh dilakukan antara dia sendirian dengan Allah. Namun rasuah adalah dosa yang menjahanamkan negara, membawa ketidakadilan dan penindasan ke atas orang lain.

”Kita wajib bangkit dan tentang bersama. Taubat rasuah ialah dengan memohon keampunan Allah dan kemaafan awam,” menurut beliau. – MalaysiaGazette

Warga SPRM lancar memorandum tegas pendirian sokong Azam Baki