Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut penjelasan lanjut daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendedahkan wujudnya cubaan agar beliau mencampuri urusan mahkamah dalam kes-kes berprofail tinggi.

”Saya mengalu-alukan kenyataan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat bahawa tidak ada campurtangan dari pihak beliau melibatkan kes-kes berprofil tinggi di negara ini.

”Kita juga menunggu dan menuntut penjelasan lanjut dari mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tatkala beliau sendiri yang mendedahkan bahawa wujudnya cubaan untuk mengubungi beliau agar mencampuri urusan mahkamah dalam kes-kes berprofil tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini.
Semalam. Tengku Maimun berkata, tiada siapa yang menghubunginya atau meminta pertolongan dalam apa bentuk sekalipun.

“Saya percaya, hakim lain juga tidak pernah mengalami pengalaman sama, mungkin ada yang hubungi Badan Kehakiman tetapi saya tidak boleh buat spekulasi mengenai hakim lain,” katanya dalam sidang media Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2022 di Mahkamah Persekutuan, semalam.

Beliau ditanya mengenai perutusan khas Muhyiddin Yassin yang mendakwa ada pihak tertentu yang mendesaknya supaya mencampuri urusan mahkamah.

Presiden Majlis Peguam Malaysia, AG Kalidas Krishnan dalam ucapannya berkata, menerusi perutusan khas sebelum Muhyiddin meletakkan jawatan, bekas Perdana Menteri itu mendakwa ada pihak yang meminta supaya mencampuri urusan mahkamah.

“Ini kerana timbulnya kemusykilan dan kecurigaan umum apakah pihak eksekutif mencampuri urusan kehakiman meski kita akui adanya hakim-hakim yang tegas dan patuh tunduk pada hukum.

”Dalam konteks yang serupa, Peguam Negara harus juga memberi respons yang tegas,” kata Anwar. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Apa tujuan anwar perlu penjelasan tu???
    Kalau dah hakimsendiri beri penjelasan dah cukup lah tu. Orang itu cuma nak guna muhyidin jumpa hakim bukan dia yang berani jumpa pun. Yang anwar desak ni untok apa. Tak faham lagi ke orang itu tu.
    Kalau anwar berpakat dengan zahid tu apa akhir nya nanti .
    REHAT lah anwar rakyat dah menyampah dah perangai kamu ni

Comments are closed.