KUALA LUMPUR – Kes baharu positif Covid-19 hari ini catat penurunan di bawah angka 3,000 kepada 2,342 sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 2,810,689.

Semalam, MalaysiaGazette melaporkan, angka jangkitan penularan wabak Covid-19 merekodkan sebanyak 3,010 kes dengan 263 kes daripada jumlah itu adalah kes import melibatkan 204 warganegara dan 59 bukan warganegara. – MalaysiaGazette

Ikuti perkembangan selanjutnya.