KUALA LUMPUR – Kes positif Covid-19 hari ini naik melebihi jumlah 4,000 kes, sekali gus mencatatkan rekod baharu dalam tempoh 21 hari bulan ini.

Kes yang dicatatkan Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga jam 12 tengah hari tadi ialah 4,046 kes dengan 2,824,973 kes kumulatif, berbanding 3,764 kes dilaporkan semalam dan 3,074 kes pada Sabtu lalu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah terbaharu itu, 489 disumbangkan kes import iaitu 388 warganegara dan 101 bukan warganegara.

Kata beliau, jumlah itu juga melibatkan 32 kes atau 0.8 peratus adalah kategori 3, 4 dan 5, manakala 4,014 kes atau 99.2 peratus lagi kategori 1 dan 2.

Dr. Noor Hisham Abdullah

Status terkini kes Covid-19 di Malaysia sehingga jam 12 tengah hari ini ialah 2,804 kes sembuh (2,750,261 kes kumulatif) dan 3,557 kes tempatan (3,449 warganegara, 108 bukan warganegara).

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 149 kes dengan 120 kes disahkan Covid-19, manakala kes memerlukan bantuan pernafasan pula 71 kes dengan 49 kes disahkan Covid-19,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, jumlah kluster ialah 6,284 kluster, diikuti 12 kluster baharu, 6,064 kluster yang telah tamat dan 220 kluster aktif. – MalaysiaGazette