Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah flood victims Covid-19 positive infectious diseases
Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kes harian Covid-19 masih berada di bawah paras angka 4,000 hari ini dengan 3,214 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada 2,836,159 kes setakat ini.

Semalam, sebanyak 3,856 kes harian baharu dicatat dengan 3,364 daripadanya merupakan penularan tempatan yang imana 3,236 adalah warga tempatan manakala 128 adalah bukan warganegara.

Kes import pula adalah sebanyak 492 kes dengan 378 daripadanya adalah warganegara dan 114 bukan warganegara. – MalaysiaGazette