sprm
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengkaji hasil penemuan Transparency International Malaysia (TI-M) berkaitan skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2021 dan akan memberi cadangan dalam masa terdekat.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan akan memberi perhatian serius terhadap keputusan skor dan kedudukan Malaysia dalam CPI 2021 yang diumumkan TI-M hari ini.

Skor CPI 2021 daripada 51 ke 48 itu merupakan penurunan berturut-turut sejak 2019.

Sehubungan itu, SPRM menyeru semua pihak untuk terus menjalinkan kerjasama dan sehaluan untuk menambahbaik usaha pencegahan rasuah di negara ini.

“Di samping itu jugsa, semua pihak harus mempunyai iltizam politik untuk menambahbaik usaha pencegahan rasuah di negara ini, kerana suruhanjaya ini tertakluk kepada bidang kuasanya sebagai agensi penguatkuasa,” menurut SPRM dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Presiden TI-M, Dr Muhammad Mohan mengumumkan Malaysia berada pada kedudukan ke-62 daripada keseluruhan 180 buah negara.

Ia merupakan penurunan bagi dua tahun berturut-turut dan Malaysia jatuh lima anak tangga.

Pada tahun lalu, negara mencatatkan skor 48, berbanding skor sebanyak 51 peratus pada tahun sebelumnya. – MalaysiaGazette