KUALA LUMPUR – Sebanyak lapan kematian diakibatkan oleh Covid-19 setakat semalam.
Dalam masa yang sama, tiada kematian yang direkodkan berlaku di luar fasiliti kesihatan.
Menurut data yang dikongsikan oleh COVIDNOW, jumlah keseluruhan kematian sepanjang pandemik kini sebanyak 32,000 kes.
Untuk rekod, sebanyak tujuh kematian dilaporkan akibat Covid-19 pada 2 Febuari lalu.
Selain itu kadar kebolehjangkitan (Rt) bagi seluruh negara semalam adalah 1.11 berbanding 1.14 pada hari sebelumnya.
Turut dilaporkan 5,720 kes positif baharu semalam selain 3,968 kes telah sembuh.-MalaysiaGazette